Latar Belakang KPJ
Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Matlamat Penubuhan KPJ
1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala anti-sosial di sekeliling mereka.
2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
Moto KPJ
“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:
1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisma
5. Jati diri
Ikrar KPJ
Kami,
“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”
Objektif KPJ
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.
Peranan Ahli KPJ
Peranan Ahli KPJ
Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:
1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisma
5. Jati diri
Ikrar KPJ
Kami,
ahli-ahli kelab pencegahan jenayah,
Malaysia
berikrar,bahawa kami akan berusaha,
menjadi ahli yang sentiasa mematuhi,
peraturan dan perlembagaan kelab,
peraturan sekolah dan
undang-undang negara
demi memartabatkan nama baik kelab dan sekolah,
berlandaskan,
taat dan patuh kepada ajaran agama,taat dan
patuh kepada perlembagaan kelab dan,
taat dan patuh kepada peraturan sekolah.
Kami berjanji,
akan sentiasa berusaha menjadi ahli yang berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, amanah,
dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab.
Kami berjanji,akan cuba sedaya upaya untuk,mencegah, menghindari dan memerangi jenayah,
demi untuk kesejahteraan seluruh warga Malaysia.
No comments:
Post a Comment