Oleh sebab gejala ini membawa banyak kesan buruk, langkah mengatasinya mesti dilaksanakan secara berkesan. Antara usaha yang perlu dijalankan ialah:
1. Dapatkan khidmat kaunseling oleh individu yang bertauliah atau pakar psikologi.
Perkhidmatan kaunseling perlu diberikan kepada pelajar yang bermasalah. Dalam hal ini, guru memainkan peranan penting. Setiap guru, terutamanya guru kelas harus bijak mengenal pasti pelajar yang bermasalah dan harus mendalami masalah yang dihadapi oleh mereka. Kaunseling yang diberikan pada peringkat awal selalunya berkesan untuk membantu mereka. Golongan sebegini mesti dinasihati agar melepaskan ketegangan dan tekanan yang dihadapi secara positif. Sokongan moral daripada pelbagai pihak, seperti guru, rakan, ibu bapa dan ahli keluarga juga dapa membantu. Memandangkan masalah ini semakin berleluasa, adalah baik sekiranya setiap sekolah di negara ini menyediakan seorang guru kaunseling.
2. Peranan ibu bapa.
Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak. Ibu bapa mestilah memainkan peranan yang sewajarnya, bukan sahaja menyediakan keperluan fizikal, tetapi juga memenuhi keperluan mental dan emosi mereka. Mereka harus diberikan kasih sayang yang secukupnya, dibesarkan dengan didikan agama dan diasuh dengan nilai moral yang baik. Ibu bapa juga harus bijak mengawal pergaulan anak-anak. Anak-anak boleh diberikan kebebasan keranan kongkongan juga akan menimbulkan tekanan. Walau bagaimanapun, kebebasan itu harus ada hadnya, terutamanya dalam hal pergaulan dengan rakan sebaya. Di samping itu, ibu bapa juga harus menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa dapat menjadi model terbaik kepada anak-anak, insya-Allah mereka tidak akan terjerumus ke lembah kehinaan.
3. Peranan masyarakat
Bagi mengurangkan penularan gejala vandalism, pihak yang berwajib perlu melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan pameran, taklimat, program, forum, seminar, ekspo tentang buruk padah dan negativitinya gejala vandalism atau segala gejala yang berkaitan dengannya. Dengan adanya usaha sebegini orang awam akan lebih peka dan berhati-hati serta prihatin akan masalah ini, juga sedikit sebanyak dapat membantu khususnya kepada golongan remaja untuk menghindarkan kegiatan ini daripada terus merebak dan bermaharajalela di negara ini.
Tuesday, 29 April 2014
Menangani jenayah buli
Buli ialah suatu perlakuan ganas oleh segolongan pelajar yang bermasalah. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal, mental mahupun emosi yang pelakunya cuba menunjukkan kuasa kepada pelajar yang lemah.
Biasanya pelajar lelaki menunjukkan sifat membuli secara fizikal manakala pelajar perempuan cenderung untuk menunjukkan sifat membuli dengan perkataan, sindiran atau memulaukan seseorang.
Perkembangan terkini menunjukkan sikap suka membuli juga boleh terjadi melalui laman media sosial.
Melalui laman sosial, pelajar boleh menghantar mesej dengan pelbagai ugutan, tuduhan dan fitnah.
Bagaimanakah cara untuk menangani isu buli? Isu ini tidak boleh ditangani oleh individu secara berseorangan. Ibu bapa, guru atau pelajar sendiri perlu berpadu tenaga dan bekerjasama untuk membanteras kegiatan ini. Minggu ini dipaparkan beberapa tip bagaimana perkara ini dapat ditangani.
1. Pihak Pentadbir Sekolah dan Guru: Sedar dan Ambil Tindakan Segera
2. Peranan Sekolah dan Ibu Bapa/ Penjaga
3. Peranan Pelajar
Biasanya pelajar lelaki menunjukkan sifat membuli secara fizikal manakala pelajar perempuan cenderung untuk menunjukkan sifat membuli dengan perkataan, sindiran atau memulaukan seseorang.
Perkembangan terkini menunjukkan sikap suka membuli juga boleh terjadi melalui laman media sosial.
Melalui laman sosial, pelajar boleh menghantar mesej dengan pelbagai ugutan, tuduhan dan fitnah.
Bagaimanakah cara untuk menangani isu buli? Isu ini tidak boleh ditangani oleh individu secara berseorangan. Ibu bapa, guru atau pelajar sendiri perlu berpadu tenaga dan bekerjasama untuk membanteras kegiatan ini. Minggu ini dipaparkan beberapa tip bagaimana perkara ini dapat ditangani.
1. Pihak Pentadbir Sekolah dan Guru: Sedar dan Ambil Tindakan Segera
- Pihak pentadbir khususnya guru besar/ pengetua dan guru-guru umumnya, harus peka mengenai masalah ini. Mereka harus mengetahui dan memahami konsep, faktor penyebab, tempat insiden buli dan aspek berkaitan isu buli.
- Jika guru dapat mengesan kes buli berlaku di sekolah, perkara ini harus diambil berat dan diberikan perhatian serius. Jika kes ini berlaku di dalam kelas tempat guru itu sedang mengajar, guru perlu menghentikannya segera serta mengambil maklumat dan butiran. Buat laporan dan hantar laporan berkenaan kepada pihak pentadbir supaya insiden itu direkodkan dan diambil tindakan sewajarnya.
- Tindakan segera perlu dilakukan pihak pentadbir berasaskan peraturan sedia ada.
2. Peranan Sekolah dan Ibu Bapa/ Penjaga
- Guru, pelajar dan ibu bapa/ penjaga harus terlibat dalam kes berkaitan. Pelajar perlu ada kesedaran memberitahu guru atau ibu bapa tentang kewujudan masalah berkenaan.
- Pelajar perlu dilatih dan diberi kemahiran mengenal pasti kes dan mampu membuat laporan kepada pihak bertanggungjawab.
- Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan konsep dan kaedah yang baik untuk dilaksanakan oleh semua sekolah. PRS akan menjadi mata dan telinga kepada pelajar yang menjadi mangsa buli.
- PRS boleh diberikan tanggungjawab untuk mengenal pasti isu tersebut dan memberikan laporan kepada kaunselor sekolah untuk tindakan lanjut. Ahli PRS juga boleh memberi bantuan emosi awal kepada mangsa yang terlibat.
- Ibu bapa harus diberi pendedahan terhadap tanda-tanda mangsa yang dibuli. Penerangan tentang bagaimana untuk memahami dan memberi sokongan emosi terhadap anak-anak mereka yang menjadi mangsa buli juga perlu diberi penekanan.
3. Peranan Pelajar
- Semua pelajar perlu diberi pendedahan awal tentang isu yang berkaitan dengan buli. Pendedahan perlu diberi daripada aspek definisi, ciri-ciri mangsa, kesan, hukuman dan implikasi isu buli.
- Pelajar digalakkan untuk menanamkan sikap proaktif terhadap isu buli di sekolah. Galakkan pelajar meluahkan perasaan melalui apresiasi seni, esei dan perbahasan tentang isu buli.
- Pelajar yang berasa dirinya terancam boleh menulis permasalahan mereka dan hantar kepada kaunselor, guru bimbingan atau guru-guru yang mereka rasa selesa untuk mendengar atau membaca permasalahan mereka.
- Pelajar perlu mengelakkan diri daripada menyerang balas pembuli berkenaan seperti mengadu hal itu kepada orang luar yang tiada kaitan dengan sekolah. Perkara ini boleh mengundang bahaya yang lebih besar.
- Pelajar yang berisiko untuk dibuli perlu mengelakkan diri daripada duduk secara bersendirian. Anda digalakkan untuk berada dalam kumpulan.
- Pelajar perlu diberi kefahaman berkenaan buli yang berlaku dalam alam siber. Pelajar perlu mengehadkan aktiviti dalam laman sosial atau sekurang-kurangnya dapat memahami aspek buli melalui siber seterusnya mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli.
Mengatasi ancaman rogol
Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
- Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
- Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.
- Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
- Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
- Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.
Cara-cara mengelakkan jenayah rogol
- Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
- Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
- Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
- Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.
- Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
- Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
- Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.
- Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
- Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
- Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
- Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
- Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
- Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.

Langkah-langkah mencegah jenayah ragut
- Apabila hendak ke tempat meletak kereta, pastikan anda telah bersedia untuk melakukan sesuatu apabila diserang
- Harus peka kepada keadaan keliling serta mengawasi orang-orang yang mencurigakan di samping berusaha mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengendong beg yang betul, cara berjalan dan elakkan daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu.
- Apabila berjalan di kaki lima jalan, pastikan beg tangan yang dipegang atau dikendong berada pada sebelah kiri. Ini bagi menghalang peragut daripada menghampiri dengan mudah untuk merentap beg tangan yang sedang disandang atau dipegang itu.
- Mempelajari seni mempertahankan diri untuk berdepan dengan peragut sekiranya mengalaminya.
- Perlu bijak membuat keputusan pada saat itu sama ada hendak melepaskan beg yang diragut atau mempertahankan beg tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku
- Tidak membawa dokumen penting dan wang tunai yang banyak di dalam beg tangan kerana peragut lebih gemar meragut beg tangan berbanding barang kemas.
- Wanita yang pernah menjadi mangsa peragut boleh tampil bercerita tentang pengalaman mereka untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan
- Masyarakat juga harus lebih prihatin dengan keadaan sekeliling. Mereka patut tampil memberi bantuan apabila berada di dalam situasi seperti itu.
- Sekiranya ternampak seakan-akan sesuatu yang buruk akan berlaku di kawasan anda berada, segeralah bertindak dan berusaha untuk menghalangnya. Jangan hanya menjadi pemerhati.
- Undang-undang untuk pesalah kes ragut ini perlu ditimbang semula dan perketatkan supaya mereka yang mungkin akan melakukan jenayah tersebut merasa takut dan berfikir banyak kali sebelum melakukannya.
-dipetik dari portal http://pmr.penerangan.gov.my/
Sunday, 27 April 2014
Penubuhan Blog Kelab Pencegahan Jenayah SMATAAP
Assalamualaikum wbt..
Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan selaras usaha mencegah jenayah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi menyahut usaha murni ini, saya Syahidah binti Zulkifli berserta rakan sejawat saya Zaireen Ainn binti Zulkipli telah menawarkan diri untuk membantu pihak Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri bagi menguruskan dan menyeleggara satu blog khusus bagi menyokong kempen mencegah lebih baik daripada memerangi. SMATAAP juga merupakan sekolah yang telah menerima kami sebagai guru praktikum selama lebih tiga bulan. Sebagai menghargai jasa baik pihak sekolah, kami bersetuju untuk menggalas tanggungjawab ini.
Mencegah lebih baik daripada Memerangi
Subscribe to:
Posts (Atom)